RSS

Apa itu SEJARAH 101?

Selamat datang ke laman SEJARAH 101.
Laman berkonsepkan blog ini menyediakan latihan Sejarah atas talian untuk pelajar Sekolah Menengah Rendah.
Buat masa ini sasaran utama adalah bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Diharap laman ini membantu pelajar membuat ulangkaji dengan lebih baik.

Bagaimanakah cara menggunakan kemudahan dalam blog ini?
Caranya mudah sahaja.
Cuma klik pada jaringan latihan yang disediakan & mula menjawab soalan Sejarah yang disediakan. Semua soalan yang dijawab akan diberi skor markah. Ini membolehkan pelajar/pengguna menguji tahap pencapaian dan penguasaan mereka dalam bab/topik yang telah dipelajari.

Selain dari latihan dalam talian, blog ini juga akan menyediakan bahan-bahan lain yang mungkin membantu pemahaman pelajar tentang Sejarah, sama ada dalam bentuk persembahan powerpoint, video dan sebagainya.

Siapa yang membina blog ini?
Blog ini telah dibangunkan oleh En Mohd Hanapi yang merupakan guru Sejarah Tingkatan 3 dan 5, pernah menjadi Ketua Panitia Sejarah Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.

Segala idea, komen dan kritikan membina amat dialu-alukan dan boleh dihantar ke skorsejarah@yahoo.com.

Selamat melayari laman Sejarah 101 dan selamat belajar.

Mohd Hanapi | Create Your Badge

0 comments:

Post a Comment

© 2009 - Sejarah 101 | Design: Choen | Pagenav: Abu Farhan | Penafian : Disclaimer Top